Thursday, October 28, 2010

CINTA & KAWAN


satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Walau kita punya couple, teman still paling setia.. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Sunday, October 24, 2010

SAD

Sepupu yang tak ku kenal

Hari sabtu baru ne ada la sepupu aku datang rumah....sebelum ne die pernah datang rumah aku gak tapi masa tu aku tengah kerja la.Tengahari tu tiba-tiba je ade call dari no yang tak dikenali call aku,aku tak tau la patut ke aku jawab call tu...sebab sekarang ne banyak no yang tak dikenali call aku dan asyik ganggu je.Aku fikir balik jawab je la call tu dan die pun perkenalkan diri die sebagai mak long shon...aku tak kenal pun tapi aku mengia kan je la...hehehe,aku rase ne mesti orang kampung nye.Die nak cakap dengan mak aku tapi masa tu mak aku ade kat surau plak sebab ade orang meninggal...die cakap nak datang rumah petang tu.Aku pun cakap la datang je...tak pergi mana-mana pun petang tu.Maka bile mak aku balik pun cakap la ada orang nak datang rumah petang ne...aku bg tahu la sape yang nak datang tu.Pada hal aku tak kenal pun sape yang nak datang rumah aku ...hahaha,boleh plak macam tu.Tapi petang tu mak dengan ayah aku pergi tolong jiran kat area rumah aku nak kenduri kawin esoknye...diorang tolong apa yang patut la.Dah la petang tu sepupu nak datang rumah tak tau jalan nak datang cini,aku plak tak tau nak bagi petua jalan kat diorang...cam ne ni,kena la aku bagi petua mane yang aku tau la...huhu.Dah kul 5 petang diorang tak call pun lg...aku ingat diorang tak jadi datang,tengok-tengok kul 5.30 diorang call aku tanye jalan,dah la yang call aku tu suara laki...risau la aku takut salah bagi petua jalan ke,aku bagi petua la gak....nasib baik die dah nak sampai dekat rumah aku,tau la gak aku nak bagi petua.Dalam kul 6 macam tu diorang sampai gak rumah aku...dapat la aku jumpa dengan sepupu yang tak aku kenali tu...hehehe.Ramah gak diorang ne....maklum la dah sepupu kan,suara laki yang cakap dengan aku tanye pasal petua jalan tu hensem gak...hehehe,suara die pun sedap je bile bercakap dengan aku.....gatainye aku,tapi kan betul apa yang aku cakap kan tu,nampak muda lagi orang tu.Lama gak diorang duk kat rumah aku...sampai malam diorang stay kt rumah aku.Ape lagi malam tu kelam kabut la aku dengan mak aku masak nak hidang bagi diorang makan.Penat gak sebenrnya tapi seronok la dapat jumpa dengan diorang...baru la aku kenal dengan sepupu aku tu,kalau tak sampai bile pun aku tak kenal dengan diorang la.Pas diorang dah selesai makan bawa diorang g rumah saudara aku plak kt cini.Sampai kul 10 lebih malam gak la.Dah tu baru diorang balik rumah pas singgah rumah saudara aku.Akhirnya selesai la sesi berjumpa dengan sepupu yang aku tak bape nak kenal.

Saturday, October 23, 2010

Bencinya

Aku benci betul kalau ade orang yang menuduh dan maki hamun tanpa usul periksa atau dipanggil main serang je orang tu...tak sukanya orang macam tu.Ini disebabkan benda tu jadi kat aku,boleh plak ex-bf aku yang ke-2 punya awek main tuduh aku macam-macam je kat mesej.Sesuka hati die je nak maki hamun aku tanpa soal siasat betul-betul,ne main serang macam tu je......benci nye dengan orang yang macam ne.dah la masa tu aku tak de mood dengan bad mood je sebab period,tambah plak dengan aku yang tak bape sihat ne pun naik bengang la bile dapat mesej maki hamun aku.Apa lagi aku pun balas balik la benda yang die tuduh aku tu semuanya tak betul sama sekali,aku cakap la kebenaran yang sebetulnye pada die,baru die terkejut bile die baca mesej aku tu.Boleh plak die tuduh aku nak rampas bf die plak,die cakap aku gile talak plak nak dekat bf die balik,ingat aku ni ape gile talak kat orang plak...tolong cikit tak hingin aku kat die lagi walaupun kitorang pernah couple masa dulu,tapi tu benda yang dah lepas pun,cikit pun aku dah tak de perasaan dekat die pun.Die cakap aku ne perempuan tak guna la.....HUH,bengang nye aku die cakap macam tu,ko tu yang macam tu yang sebenarnya.Aku tau die orang kaya,banyak je duit...nak ape pun die akan bagi,sukati ko la nak wat ape.Pas sesi berbalas mesej yang aku bagi kat die tu,akhirnya die mintak maaf gak kat aku sebab dah maki hamun aku,haaaa...baru kau tau aku tak bersalah,bf kau tu je yang asyik call dan mesej aku je,sekali pun aku tak pernah nak jawab mahu pun balas mesej die.Baru kau tau bukan salah aku,sebelum nak maki hamun orang tanya la elok-elok,macam tak leh je nak tanye elok-elok.Kalau orang layan aku dengan baik aku akan layan pun dengan baik-baik la.Memang la sekarang ne aku masih single lg...tapi tak kan la sampai aku nak rampas bf orang ke,tunang orang ke tambahan laki orang,sekali pun aku tak kan buat macam tu...aku tak kan rampas hak orang lain la.Setakat ne je la luahan hati aku pada hari ne.Bye2 semua.

Sunday, October 17, 2010

Saya sayang mak......

Hayatilah dgn penuh perasaan......

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari. ...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine..
Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Tentang Lelaki

LELAKI

Ko pedulikn dia,
Dia ckp ko xbgi kebebasan,
Ko xpeduli,
Dia ckp ko xprihatin...


Ko reject,
Dia ckp ko jual mahal,
Ko terima,
Dia xpedulikan ko...

Dia xdpt kejar ko,
Dia kejar kwn ko,
Dia dpt ko,
Dia kejar org laen lagi...

Dia kuar ngan pompuan laen,
Dia ckp kawan,
Ko kuar ngan lelaki,
Dia ckp ko curang...

Ko pkai mekap lawa,
Dia ckp ko nk tarik perhatian jantan,
Ko xreti mekap,
Dia ckp ko xreti bergya...

Ko gna duit,
Dia ckp ko boros,
Dia gna duit,
Dia ckp utk msa depan...

KALO LELAKI BCA NIE..,
DIA CKP SUMA NIE SALAH,
KALO KO XBGI BCA,
DIA CKP KO KEDEKUT..

Adakah ini cinta???

Sejak akhir-akhir ne aku selalu je rindukan seseorang,tiap-tiap hari aku rindukan die,mesti je teringat kan die,aku tengah angau ke??hahaha....adakah ini aku dah jatuh cinta pada die?Aku rasa memang sah aku dah jatuh cinta  pada si die....hehehe,malunya.Tapi siapakah si die yang aku tengah angaukan tu....korang nak tau ke?biar lah rahsia.....hehehe,dah macam jawapan artis plak.Patut ke aku bagi tahu siapa jejaka yang aku tengah angaukan tu,tapi die suka kat aku ke?jangan bertepuk sebelah tangan sudah la kan...hihihi.Tapi malu la kalau cinta bertepuk sebelah tangan....kalau boleh tak nak la jadi macam ne.Sebelum ne aku memang pernah bercinta je...tapi tak de jadoh dengan mereka  itu.So...sekarang ne aku memang tengah mencari cinta baru pun.Insyallah kalau ada jodoh cinta aku akan kekal...doakan la kebahagiaan aku dengan orang yang cintakan aku ye.Aku ne seorang yang setia dalam percintaan dan kalau boleh aku nak jumpa dengan orang yang setia,ikhlas dan jujur terhadap aku.Lagi pun sekarag ne memang susah nak jumpa dengan lelaki yang macam tu,tapi insyallah aku akan berdoa untuk bertemu dengan jejaka yang aku maksudkan tu,lagi satu tak lupa juga lelaki itu mesti la ada pegangan agama.Aku harap si die yang aku tengah angaukan  tu ada ciri-ciri yang aku maksudkan tu.....hehehe,gatai nye aku ne.....sekali sekala je pun,hahaha.

Friday, October 15, 2010

Lambatnya rambutku nak panjang

Kalau cakap pasal rambut je mesti ade kaitan dengan perempuan......bak  kata pepatah rambut merupakan mahkota seorang perempuan,tapi lelaki pun ade je kaitan dengan rambut gak...hihihi.Kalau korang semua nak tau la yang rambut aku memang lambat sangat-sangat nak tumbuh nye,kalau sekali aku dah potong pendek bertahun tahun la aku kena tunggu rambut nak tumbuh panjang balik....HUH.Lama kan nak tunggu rambut aku panjang balik,memang jenuh la macam ne.Tapi kan sejak dari kecik sampai la dah besar sekarang ne aku sentiasa je rambut pendek....hehehe.Dah la pendek sangat-sangat plak tu,dah macam tombai plak...hahaha,betul tau ne.Rambut paling panjang yang pernah aku simpan pun sampai bawah ketiak je la,dah elok-elok panjang aku gatai plak pergi potong.....kan dah lama nak tumbuh balik.Tapi sekarang ne aku dah nekad tak nak potong rambut dah,aku nak simpan panjang sampai pinggang plak...hehehe.


Dulu aku pernah rambut pendek macam ne la...hahaha


Rambut panjang ne yg aku pernah simpan


Pas ne aku nak simpan sampai panjang macam ne atau lebih panjang dr yg ne...hehehe
Gambar-gambar ne semua dari google ye...huhu,rambut aku tak de la selurus lurus nye dan tak kerinting pn,cuma lurus cikit  jela.Dalam adik beradik aku la yang rambut lurus 3 orang dan yang rambut kerinting plak 3 orang...hehehe,boleh plak macam tu kan.

Nak pakai tapi takut

Aku sebenarnya rabun jauh....sekarang ne rabun aku makin menjadi-jadi la.Kalau aku bawa kereta mesti kena pakai cermin mata nya,tambah lagi kalau malam lagi la aku tak nampak ape pun.Kalau orang tegur aku dari jauh pun kadang-kadang aku tak perasan sape yang tegur aku...huhuhu,maklum la orang rabun jauh.Sebenarnya aku nak pakai contact lens tapi takut la.....hehehe,nak pakai tapi tak berani.Cam ne nak pakai kalau takut...baik tak yah pakai,senang cite pakai cermin mata je la lin oiii....hahaha.Ehhh....aku nak tengok dulu la kalau aku ada keberanian nak pakai contact lens,kalau aku tak berani lansung aku tetap akan pakai cermin mata je la.Bukan nya ape aku asyik fikir yang bukan-bukan je kalau pakai contact lens.....tapi susah la kalau asyik fikir macam tu je.Sampai bile-bile pun aku tak dapat pakai la kalau asyik fikir macam tu je kn.

takut nya tengok die nk masukkn kt mata tu....hahahha

lawa plak tngok org ni pakai contact lens....hehehe

Antara contact lens yg ade

Yang kat atas tu cuma sekadar gambar hiasan je la....hahaha,lawa plak bile tengok orang pakai contact lens yang warna-warna,aku suka yang warna biru la...nampak macam orang putih cikit,hahaha.

Thursday, October 14, 2010

Gadis dan bunga

Mesti korang semua pernah dengar lagu Gadis dan bunga nyanyian oleh Rahimah Rahim.....lagu tu dah lama pun.Bukan nya ape perempuan mesti la bunga,kalau lelaki pulak kumbang kan...dah biasa dengar pun.Aku nak kongsi dengan korang pasal gadis dan bunga la...tak pun perempuan dan bunga la,hehehe.Korang semua pernah dapat tak bunga dari pakwe atau suami korang.Aku pulak macam mane....penah ke dapat bunga dari orang yang aku sayang,sudah semestinya sekali dalam seumur hidup aku tak penah dapat pun bunga dari pakwe aku dulu-dulu.Tapi sekarang dah tak de pakwe dah pun,alangkah seronok nye kalau aku dapat bunga.....sekuntum pun jadi la,hehehe....gedik pulak aku ne nak bunga,sukati aku la nak mengedik cikit pun...hahaha.Bukanya ape aku ne jenis yang nak orang amik berat tentang aku,nak kan kasih sayang dari orang yang tersayang.Aku ne kadang-kadang manja jugak orang nye,gelinya dengar....hehehe,bukan nya manja lebih-lebih pun.Apa salah nya sekali sekali kite jadi romantik....tak kan nak serius je selalu kan,sape la yang dapat bagi aku bunga kan....entah la aku pun tak tau,hehehe.


Bunga ros banyak


Sekutum je


Lagi bunga

Yang korang semua tengok ne memang la bunga tapi aku amik dari google je....hehehe,kan seronok kalau aku dapat bunga macam ne.Kalau ada orang bagi aku bunga memang aku terharu la...hehehe.Tapi gambar ne sekadar hiasan je la.Aku boleh berangan je la nak dapat bunga macam ne,tunggu aku kawin je la dapat pegang bunga nanti...hihihihi,betul kan bile orang kawin mesti kena pegang bunga.So....tunggu aku kawin je la ye....jangan duk berangan lebih-lebih la lin.



Terima Kasih

Aku nak ucapkan terima kasih pada sesiapa yang baca blog aku yang lama tu.Blog lama tu aku dah padam pun dan aku dah buat blog baru ne.Aku tahu ada yang baca blog aku dulu sebab aku dapat email dari orang ramai yang mengatakan die baca blog aku.Ada yang suka dengan blog aku....huhuhu,ape-ape pun terima kasih banyak la kepada mereka yang dah baca blog lama aku.Insyallah pas ne aku akan selalu update blog ne.Memang sayang sangat padam blog lama tu....tapi nak buat macam mana disebabkan masalah tekinikal yang tak dapat dielakkan maka aku puan padam la blog lama.Ok la kite jumpa lagi ye.....wasalam.


Wednesday, October 13, 2010

Berehat Seketika

Buat masa ne aku nak berehat seketika dari membuka facebook la.Aku tak nak online buat masa ne....aku cuma akan update blog aku je dulu,mungkin 1 minggu ne aku tak kan buka pun facebook.Entah kenapa aku rasa macam tak sedap hati je,mungkin perasaan aku kot.Ok la semua jumpa lagi...daaaa.

Happy Day 10/10/10

Ada juga perkara yang telah menggembirakan aku pada tarikh 10/10/10 untuk tahun ne.Perkara apa agaknya yang telah menggembirakan hati aku tu ye.Sebelum aku nak cerita kisah yang menggembirakan aku tu kite kena gelak dulu la....HAHAHAHAHA,apa la yang aku merepek ne...hehe.Sebenarnya pada tarikh tu aku telah keluar dengan sape ek.....yang pasti bukan dengan pakwe ye...huhu,dengan kawan-kawan baik aku la.
Kitorang pergi The Mines dekat dengan rumah aku je dan mereka adalah LWL......hehehe,ape benda LWL tu,saje je aku reka.
L = Lia
W = Wawa
L = Lin


Lia & Lin

Lin & Wawa

Tasek yang indah

Bagi ikan makan


Kami bertiga Wawa.Lia & Lin

Bagi aku ini adalah kenangan terindah bersama mereka ini....walaupun bertiga sahaja dan sepatutnya zila pun ikut kitorang sekali tapi disebabkan zila demam die tak jadi la ikut kitorang.Nak wat macam ne dah die tak sihat kan,tak pe la biar die rehat kat rumah la supaya cepat sembuh ye zila.Insyallah lain kali kite boleh keluar bersama-sama lagi ye...sekali dengan yana,lepas ne kite plan baik-baik untuk keluar ke destinasi seterusnya...hehehe.Gambar-gambar ne la yang menunjukkan perasaan gembira aku bersama mereka.Kite nantikan destinasi yang seterusnya...bye2.


Tuesday, October 12, 2010

Sixth Sense - Menyesal


Aku suka sangat lagu ne dari sixth sense....dengar banyak kali pun tak jemu,hihihi.Tapi lirik die aku tak hafal pun lagi....nanti-nanti aku nk hafal la lirik die.Yela kalo dah suka lagu ne mesti kena hafal lirik die,x pe la nanti kalau ade kelapangan aku hafal la lirik die...huhuhu.Sebelum aku tido nak dengar lagu ni lagi...HAHAHA.Gudnite semua.

Monday, October 11, 2010

Disebalik tarikh 10/10/10

Mesti semua orang cakap tarikh 10/10/10 merupakan tarikh yang sangat cantik kn....memang betul pn.tapi entah kenapa aku benci sangat dengan tarikh tu.Yela ada kisah disebalik tarikh tu....kalau korang semua nak tau la 10/10 adalah birthday ex-bf aku dan pada tarikh 10/10/10 juga kenduri kawin ex-bf aku.tapi cikit pun aku tak kisah die nak kawin pn,dah jodoh die dah sampai pun kan,biar kan je la die tu.lagi pn aku memang dah lama lupakan die pun dari hidup aku.

Tapi kan entah kenapa aku masih rasa sakit hati lagi dengan die.Yela...die dah tipu aku selama aku berkawan dengan die.Bile aku tanya die ada ape-ape ke dengan perempuan tu....die cakap tak ade ape-ape la,cuma kawan je pun.Tup-tup pas 2 bulan aku putus dengan die tak de angin dengan ribut tiba-tiba je die dah kawin dengan perempuan tu.Tak ke menipu aku selama ne....HUH.

Ada 1 mesej tu aku tak leh lupakan ape yang die dah cakap kat aku....ne la kata-kata die yang paling aku benci sangat :
- Kalau boleh orang tak nak la kite benci membenci antara satu sama lain
- Kalau boleh orang tak nak la kite bermusuh musuhan nanti.
- Lagi pun kite boleh berkawan apa lagi.

Kalau benar la apa yang die cakap kan ni kat aku....cikit pun aku tak percaya dengan kata-kata ne.Kalau korang nak tau kebenaran kata-kata ne nape bile masa bulan puasa die tak de pun nak cakap selamat berpuasa kalau benar die nak berkawan dengan aku lagi.Nape bile masa hari raya die tak de pun nk cakap selamat hari raya ke....dan masa die kawin pun tak de pn die nak bagi tahu aku die nak kawin dah ke.Aku dapat tau die nak kawin pn melalui facebook kawan die je,apa tah lagi nk jemput aku ke kenduri kawin die...mesti die lagi tak berani nak jemput aku punye.Semua kata-kata die memang tak leh nak pakai dan dipercayai langsung.Tak penah seumur hidup aku bencikan orang sampai macam ne sekali....kalau boleh aku tak nak la bencikan sesiapan pun.Lagi pun tak elok kite benci membenci sesama manusia.Aku akan cuba melupakan perasaan benci terhadap si dia.Lagi pun aku bukan jenis yang macam ne.....insyallah aku akan perbaiki ape sahaja kelemahan pada diri aku.Wasalam.

Friday, October 8, 2010

Layan lagu

Hai kepada pembaca blog aku ne....huhuhu,ade ke yg baca blog aku?tak kisah la ada ke tak de yang baca blog aku,yang penting aku tulis je ape yang ade dalam fikiran aku ne....hehehe.Sekarang ni mood aku tengah layan lagu la,tapi lagu apa ye yang aku layan...huhuhu,semua lagu aku layan malam ni termasuklah lagu hindustan....HAHAHA.tah ape-ape la aku ni lagu hindustan pun layan gak.biar la lagu hindustan aku layan pn.....best ape lagu hindustan,terutama nya dari filem kuch kuch hota hai...betul kn,hehehe.Semua lagu aku layan je rock ke jiwang ke aku layan je termasuk gak lagu nasyid...huhuhu.

Antara lagu kegemaran aku adalah :
1. I want to spend my lifetime loving you
2.Sampai syurga
3. Salam untuk kekasih
4. Can't fight the moonlight
5. Sumayyah

Dalam banyak-banyak lagu yang aku dengar la lagu yang kat atas tu adalah 5 lagu kegemaran aku la.kalau nak tau la sebelum aku tido mesti dengar lagu sampai syurga,salam untuk kekasih dengan sumayyah,yang lagi 2 lagu tu tak de dalam hanset aku la....hehehe.tapi kalo aku buka laptop mesti cari lagu yang no 2 dan 4 kat youtube la....hahaha.

SELAMAT MALAM.

Thursday, October 7, 2010

My First Post

Assalamualaikum............

Hari ini 7/10/2010 telah tercipta blog aku....tapi ini merupakan blog yg kedua aku buat.Blog yang sebelum ni aku dah delete pn disebabkan laman web yg aku buat dulu ade nama ex-bf aku yg penipu besar tu.So...disebabkan itulah aku terus je delete blog tu.Sekarang dalam blog yg baru ne aku tak nak sebut langsung pasal kisah aku dgn laki tu lg.Aku dah tutup buku lama dan buka buku baru pn...bak kate org kehidupan mesti diteruskan walau apa pn yg terjadi.
Blog baru ni aku dah tukar tajuk blog aku pn dari Realiti Kehidupan Noor Azlina kepada Diariku Azlina.Tapi kan baru aku perasan la dah macam cite diariku shahir plak.....HAHAHAHA.Aku tak tiru pn...tapi aku tulis je ape yang terlintas difikiran aku.Tak kisah la ape pn tajuk blog aku pn.....yg penting dh tercipta blog aku yg baru ne.Mata aku dah ngantuk la...nk tido dh la,selamat malam.

Followers